Jumat, 19 Agustus 2011

Tenaga Kehidupan-Cahaya

    Manusia adalah sehebat-hebat kejadian.Untuk hidup,manusia memerlukan udara,air,makanan,dan cahaya.Udara atau yang tepatnya oksigen,air dan makanan adalah sumber asas saling melengkapkan dan memerlukan antara satu sama lain supaya terus terhasil.Contohnya,untuk bernafas manusia memerlukan komposisi oksigen.Umumnya oksigen dihasilkan daripada proses fotosintesis pada pigmen hijau tumbuhan.Manakala tumbuhan memerlukan air dan cahaya untuk hidup.Air dihasilkan daripada gabungan komposisi hidrogen dan oksigen.dll.
          Dapat kita tafsirkan bahwa satu-satunya sistem yang tidak memerlukan sesuatu yang lain bagi dihasilkan adalah sumber cahaya.Cahaya adalah anugerah pencipta yang memiliki berbagai manfaat.Selain cahaya yang membolehkan kita mengenal arti siang dan malam,arti panas dan dingin,dan nikmat perubahan ataupun peralihan waktu,cahaya membawa bersamanya berbagai khasiat penyembuhan dan kesehatan tubuh.
       Manusia dicipta dan dibentuk dengan sempurna,lengkap lagi teratur.Ia merangkumi jasmani,rohani,mental dan emosi.Tubuh manusia berfungsi melalui berbagai sistem,dilengkapi pula dengan satu daya magnetik dan dihembuskan dengan roh iaitu satu manifestasi kejadian dan kekuasaan yang maha pencipta.
         Tubuh manusia berfungsi dengan sempurna melalui dua sistem utama iaitu biokimia dan getaran listrik.Sistem biokimia ditugaskan kepada sel glia (neuroglia),manakala sistem getaran listrik dipertanggung jawabkan kepada sel neuron.Semua pemakanan dapat dimanfaatkan selepas dicernakan dan dijadikan unsur tenaga.Tenaga ini dihasilkan oleh kilang tenaga yang wujud dalam badan dan sistem manusia iaitu Adinosintriphosphate (ATP).Tenaga yang terhasil digunakan oleh tubuh dan sisa yang tidak digunakan akan disimpan bagi digunakan kemudian.
         Namun begitu,kilang tenaga hanya dapat berfungsi apabila adanya kuasa listrik.Disinilah peranan sel neuron diperlukan bagi menghasilkan tenaga.penghasilan tenaga yang dimaksudkan adalah sinaran cahay suria dalam bentuk getaran gelombang elektromagnetik.Tanpa kuasa ini,kilang tidak dapat berfungsi.Justru tiada kehidupan.Segala kehidupan dimuka bumi ini hanya wujud apabila terdapat sinaran cahaya suria.
                 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar